? ??????????????Skulls On Fire? ????? ?? ???Rating: 4.8 (29 Ratings)??145 Grabs Today. 50974 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????4?? ???????????????????????????Kiss Me One Last Time? ????? ?? ???Rating: 4.4 (36 Ratings)??144 Grabs Today. 19102 Total Grabs. ??????Previe BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, December 9, 2009

Senarai Tugas Bimbingan dan Kaunseling

(10 November 2009)
1.Menyelia rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
2.Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temubual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.
3.Merancang, mengawalselia dan mengemaskinikan rekod dan inventori pelajar.
4.Mengumpul, menyelia, dan menyebar maklumat Bim. & Kaun. kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.
5.Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bim. & Kaun. kelompok dan tunjuk ajar yang meransang perkembangan pelajar secara optimum.
6.Merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profesional.
7.Merancang, melaksana dan mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.
8.Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan mata pelajaran elektif untuk peperiksaan seperti UPSR
9.Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.
10.Merancang, menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi dalam dan luar negara.
11.Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung Bim. & Kaun. Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.
12.Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.
13.Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan Bim. & Kaunseling Sekolah.
14.Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bim. & Kaun. Sekolah.
15.Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bim. & Kaun.
16.Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bim. & Kaun. di sekolah.
17.Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukannya.
18.Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.
19.Menjadi ahli jawatankuasa ex-officio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.
20.Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancangan Sekolah.
21.Menjadi penyelaras dalam program mentor-mantee sekolah.
22.Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya.

0 comments: