? ??????????????Skulls On Fire? ????? ?? ???Rating: 4.8 (29 Ratings)??145 Grabs Today. 50974 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????4?? ???????????????????????????Kiss Me One Last Time? ????? ?? ???Rating: 4.4 (36 Ratings)??144 Grabs Today. 19102 Total Grabs. ??????Previe BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, February 4, 2010

Program Bimbingan Kerjaya

Friday, January 29, 2010

Kenangan bersama semasa BIG



Gambar ini diambil pada hari kedua semasa saya mengikuti program BIG bagi fasa pertama pada 16/1/2010.Program ini akan menjadi kenangan saya ketika bersama kawan-kawan yang mengikuti BIG terutama pelajar kaunseling kumpulan A DPLI.Aktiviti dalam BIG ini amat menyeronokkan buat saya dan secara tidak langsung saya dapat pelajari pelbagai ilmu baru dalam mengendalikan program.

Thursday, December 31, 2009

Kurang Akal

Kurang akal itu boleh diketahui melalui beberapa tanda. Contohnya antara lain, lebih mengutamakan dunia daripada akhirat. Orang yang melakukan seperti itu di dalam keseluruhan kehidupannya di dunia mehupun di akhirat dia tidak akan memperolehi kenikmatan.
Contonya lain berani kepada kedua orang tua. Sesiapa yang berani kepada kedua-dua orang tua, perkara itu menunjukkan bahawa dia adalah orang yang sangat tercela dan tidak boleh dipercayai kerana dia keras kepala dan mengingkarai kebaikkan yang diwajibkan oleh Tuhannya.
Contoh lain menghina pemimpin. Ini adalah termasuk kepada bukti kebodohan dan tidak memikirkan akibat.
Tanda kurang akal yang lainnya ialah membocorkan rahsia, menyebarkan perkara-perkara yang boleh berakibatkan buruk dan percaya kepada sebarang orang.
Sering kita melihat orang-orang yang secara lahiriah nampak soleh dan khusyuk, tetapi sejatinya mereka adalah racun yang membunuh dan sangat berbahaya. Sering kita menyangka seseorang itu termasuk sebagai wali Allah yang soleh, namun ternyata dia lantang menjual agamanya dengan harga yang amat murah.
Kita semua hidup di dunia yang gelap dan fana. Saya mohon keampunanmu, Ya….Tuhan.

Sebaik baik orang

Sebaik-baik orang ialah orang yang dapat menjaga batas jarak antara dirinya dengan Tuhannya, yang bersederhana dalam beribadah kepada-Nya, yang berlapang dada terhadap saudara-saudaranya sesame orang mukmin dan yang bersih lidahnya daripada ucapan kotor dan daripada makanan haram yang menggodanya.
Jika seseorang boleh menjalankan keempat-empat perkara tersebut dan mempunyai akhlak yang baik, maka dia telah berjaya meriah keuntungan yang sempurna dan darjat yang tinggi.
Terdapat orang yang rajin beribadat tetapi dia suka malanggar batas-batas Allah dalam pelbagai perkara, sehingga amal kebajikannya tidak boleh digunakan untuk menebus perbuatan jahatnya.
Terdapat orang yang rajin mendirikan solat sunat pada malam hari, namun pada siangnya dia gemar mengata tentang orang lain, sehingga seluruh pahala solat malamnya harus dia berikan kepada orang-orang yang dia telah mangata ( mengumpat).
Terdapat orang yang sering membaca zikir-zikir dan mengerjakan ibadah-ibadah sunat, tetapi hatinya penuh dengan kedengkian terhadap saudara-saudaranya sendiri sesame orang yang beriman.
Tetapi orang yang berkelakuan lurus dan baik hubungannya dengan Allah, serta sentiasa menjauhi keharaman, walaupun jarang mengerjakan ibadah-ibadah sunat demi Allah, dia adalah seorang hamba yang soleh.
Ketahuilah, ketaatan itu boleh dilakukan oleh orang yang baik mahupun orang yang jahat. Namun tidak ada orang yang boleh meninggalkan kesemua perbuatan yang haram selain orang yang sangat jujur. Oleh kerana itulah,disebutkan dalam sebuah hadis:
“ Takutlah kamu kepada keharaman nascaya kamu menjadi manusia yang paling akan mengabdikan kepada Allah.”

Lalat Yang Gelojoh

Saya melihat apabila seseorang sedang berjaya kerana harta kekayaan mahupun kerana kedudukan, orang-orang akan datang mengerumuninya. Mereka turut berasa senang. Dia lalu berbaik sangka kepada mereka, mempercayai dan memenuhi keperluan mereka.
Tetapi apabila dia jatuh miskin dan kehilangan kedudukannya, terus mereka pergi meninggalkannya, tidak lagi ada yang mahu mengunjunginya, bahkan mereka melupakannya bagitu sahaja. Melihat kenyataan itu, dia akan berubah dengan mudah mencurigai, benci, kecewa dan sangat hairan kepada mereka.
Sekiranya dia tahu sebabnya, ia tidak perlu berasa hairan kerana pada dasarnya manusia enggan bergaul dengan seseorang di dunia kecuali terdapat kepentingan yang akan dia perolehi. Ketika melihat sudah tidak ada yang boleh diambil manfaat daripada orang itu, di mana mereka, dia hanya seumpama sekeping papan yang tidak ada nilainya. Ingatlah…..perkara itu baik-baik!

Wednesday, December 9, 2009

Senarai Tugas Bimbingan dan Kaunseling

(10 November 2009)
1.Menyelia rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
2.Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temubual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.
3.Merancang, mengawalselia dan mengemaskinikan rekod dan inventori pelajar.
4.Mengumpul, menyelia, dan menyebar maklumat Bim. & Kaun. kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.
5.Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bim. & Kaun. kelompok dan tunjuk ajar yang meransang perkembangan pelajar secara optimum.
6.Merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profesional.
7.Merancang, melaksana dan mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.
8.Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan mata pelajaran elektif untuk peperiksaan seperti UPSR
9.Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.
10.Merancang, menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi dalam dan luar negara.
11.Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung Bim. & Kaun. Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.
12.Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.
13.Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan Bim. & Kaunseling Sekolah.
14.Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bim. & Kaun. Sekolah.
15.Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bim. & Kaun.
16.Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bim. & Kaun. di sekolah.
17.Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukannya.
18.Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.
19.Menjadi ahli jawatankuasa ex-officio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.
20.Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancangan Sekolah.
21.Menjadi penyelaras dalam program mentor-mantee sekolah.
22.Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya.